PROFIL SMK TAMAN MELAWATI
PROFIL SEKOLAH SEJARAH PENUBUHAN
-Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati mula dibina pada 1 ogos 1991.
-Sekolah ini terletak di mukim Gombak kira-kira 10 kilometer dari pusat Bandar Raya Kuala Lumpur.
-Pada peringkat awalnya SMK Taman Melawati hanya mempunyai dua blok bangunan empat tingkat dan sebuah bangunan kantin.
-Pada tahun 1993 sebuah bangunan iaitu blok C telah dibina untuk makmal sains tulen dan bilik darjah akibat pertambahan pelajar dari setahun ke setahun.
-Kemudian diikuti oleh bangunan surau SMK Taman Melawati. Surau ini telah dibina hasil daripada derma penduduk setempat dan PIBG Taman Melawati pada Julai 1998.
-Selaras dengan itu juga infrastuktur lain seperti laman ilmu, pondok bacaan, taman sains, bilik komputer, gelanggang bola keranjang, studio seni dan seramik dibina untuk keperluan P&P.
-Awal tahun 2001 sebuah dewan telah dibina dengan kos RM 1.6 juta dan diserahkan kepada pihak sekolah pada 18 Mei 2001. -Kini, 2 blok baru ditambah dan menjadikan kesemuanya sebanyak 5 blok.
-Blok A ialah blok pentadbiran, perpustakaan, pejabat dan pejabat guru. Blok ini siap dibina pada tahun 2003. -Sementara blok E pula dibuat khas untuk makmal sains tulen iaitu makmal biologi, kimia, fizik, dan bilik darjah. Tarikh siap pembinaannya adalah pada tahun 2003.
-Dengan adanya pertambahan bangunan blok ini telah dapat menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah serta dapat menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efisyen. -Sekolah ini juga telah ditadbir oleh beberapa orang pengetua.
-Pada awal penubuhan iaitu pada 1 Ogos 1991, SMK Taman Melawati telah ditadbir oleh Puan Nik Faridah Hanan Bt. Adeeb sehingga 15 November 1993. Beliau merupakan pengetua yang pertama yang mengasaskan sekolah ini. Beliau berpindah ke SMK Hulu Kelang, Gombak, Selangor.
-Kemudian diikuti oleh Tuan Haji Mad Zahid B. Daros iaitu pada 16 November 1993 sehingga 16 November 1994 dan beliau berpindah ke SMK Sungai Kertas, Gombak, Selangor.
-Pada 1 Februari 1995 sehingga 3 Oktober 1995, Cik Indra Somasondram pula mengambil alih dalam menerajui SMKTM. -Namun demikian penerajuan Cik Somasondram hanya selama 9 bulan sahaja kerana beliau berpindah ke Bukit Bintang Girl School. Kemudian beliau digantikan oleh Puan Tengku Azuan Bt. Tengku Mohamed iaitu bermula pada 6 November 1995 sehingga 1 Februari 1999, sebelum berpindah ke SMK Seri Puteri, Wilayah Persekutuan.
-Pada 1 Februari 1999 Puan Rohani Bt. Bakar telah mengambil alih pucuk pimpinan ini sehingga 3 April 2003. Beliau berpindah ke SMK Simpang Renggam, Johor. -Setelah itu, Puan Jamiah Bt. Mehamad telah mentadbir SMKTM pada 1 Mac 2004 sehingga 18 Mei 2006. -Apabila Puan Jamiah Bt. Mehamad bersara, Puan Jamsiah Bt. Talib telah mula mentadbir SMKTM iaitu bermula pada 1 September 2006 sehingga 31 Mei 2010. -Puan Wan Saberina Bt Wan Musa telah mengambil alih pucuk pimpinan SMK Taman Melawati bermula 6 Ogos 2010sehingga April 2010 dan seterusnya diterajui oleh Puan Nasran bt Nor sehingga sekarang.
No comments:
Post a Comment