Monday, 7 April 2014

LAWATAN AMAL KE RUMAH AMAL CHESHIRE , SELAYANG




Program ini adalah program kerjasama antara Program Dasar Warga Emas Negara (DWEN), Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) dan Kelab Kebajikan SMK Taman Melawati. Lawatan ini diadakan bertujuan memberi kesedaran kepada murid-murid dan pengalaman baharu kepada mereka tentang kehidupan sebenar sebagai penghuni Rumah Amal Cheshire Selangor.Bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk memupuk sikap perihatin di kalangan murid dan sejajar dengan kempen Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memupuk sikap hormat dan sayangi golongan warga emas. Program ini, bertujuan member kesedaran kepada murid-murid SMK Taman Melawati supaya mendekati golongan yang terpinggir dari institusi keluarga yang sempurna.

UBK 2013

Pn. Nasran Bt Nor (Pengetua)

Barisan Kaunselor :
(PAGI)
Pn. Nurulain Bt. Abd. Ghafar
En. Mohd Fairus Irwan B. Majid
En. Mohd Rostam B. Fauzi

(PETANG)
Pn. Rozita Bt. Mansor
Pn. Nor Raihana Bt. Lam Ahmad
Pn. Wan Laily Azma Bt Wan Ahmad

Sambutan Hari Guru (Teachers' Day)

Seperti tahun tahun sebelum ini, setiap 16/5 setiap sekolah akan menyambut Sambutan Hari Guru. Setiap sekolah menyediakan persembahan yang berbeza. Pada tahun ini, Sebilangan pelajar SMK Taman Melawati bertungkus lumus membuat persiapan untuk menyambut Hari Guru. Pada hari tersebut, guru guru kelihatan ceria kerana mereka tahu hari itu merupakan hari keramat bagi mereka. Acara dimulakan dengan ketibaan guru guru dan PIBG  yang diarak masuk ke dalam dewan secara beramai ramai diiringi dengan bunga manga yang dibawa oleh wakil pelajar. Seterusnya, bagi pihak pengetua, beliau memberi sekuntum bunga kepda setiap guru yang dikasihi. ini menunjukkan kasih sayang kepada guru guru SMK Taman Melawati tiada tadingnya. setelah itu, Ustaz dn Cikgu khalid membaca utusan daripada pihak kementerian. Ahmad Danial mewakili badan pelajar menyampaikan ucapan buat guru guru. Arazzi dan Nurnadia telah dipilih menjadi MC untuk mengendalikan Sambutan Hari Guru. Persembahan dimulakan dengan bacaan Al-Quran daripada Amirun.  acara penyampaian hadiah, Aina Maisarah mewakili pelajar PRS menghadiahkan sebuah cake red velvet kepada guru guru. seterusnya, persembahan sajak bertajuk Guru dipersembahkan oleh Arrazi dengan penuh 'feel' dan diiiringi petikan gitar oleh Ahmad Danial. Seterusnya, sebanyak 3 persembahan daripada persatuan silat diketuai oleh Wan Harith dan Haziq Akmal. 3 pelajar iaitu Megat, Arazzi, Amir Luqman mempersembahkan lagu Kau ilhamku. Barisan pengawas pula beramai ramai menyanyikan lagu kenangan terindah. Highlight of the show, persembahan daripada Main Main band yang dianggotai oleh Murtaza, Luqman, Arif, Danish, Danial dan Faiz. mereka mempersembahkan lagu Aku Scandal & Bila aku sudah tiada daripada Band Hujan. persembahan tersebut menerima tepukan paling gemuruh oleh pelajar dan guru guru. Diteruskan dengan tarian daripada form 6 dan sebagai majlis penutupan, persembahan choral speaking oleh pelajar juniors.
Pada petang itu, Main Main band dan sebahagian daripad persembahan dijadikan topik bualan pelajar di Twitter, Facebook dan gambar gambar pula di'upload'kan ke dalam Instagram. 

Monday, 31 March 2014

Gotong-royong



Ko-kurikulum



Pertandingan Boling MSSd Gombak
P15- Ketiga
Sepak Takraw MSSD Gombak
Regu Bukan Melayu- Naib Johan
Regu Bawah 18 Tahun – Ketiga
Kejohanan Tenis MSSD Gombak
Bergu Perempuan Bawah 18 – Naib Johan
Tempat ketiga bagi semua kategori di bawah:
Singles (L) 18
Singles (L) 15
Singles (P) 15
Singles (P) 18
Double (P) 15
Double (P) 18
MSSD Bola Keranjang
P 15 – Ketiga
P18 – Ketiga
Badminton MSSD Gombak
Bergu lelaki 18 –Johan
Bergu perempuan 15 –Johan
Perseorangan (P) 15 – Naib Johan
Perseorangan (L) 18 – Ketiga
Pertandingan Catur
Johan berpasukan L15
Individu- Johan P15
Naib Johan berpasukan P15
Individu P15- Ketiga
Individu L15- Keempat
Kejohanan MSSD
- 1 Emas- 4x 400m L2
- 5 Perak –
a) 400m L2
b) 4x 100m L2
c) Merejam Lembing L1
d) Merejam Lembing P1
d) 200m L2
-3 Gangsa –
a) Lempar Cakera P2
b) Lontar Peluru P1
c) 4x 100m P2
Persatuan St John:Selangor Timur: Persatuan Terbaik 2008, 2009.

Thursday, 27 March 2014

PIAGAM SEKOLAH



Sekolah Menengah

Kebangsaan Taman Melawati

Sentiasa bersedia dan berusaha

Dengan penuh semangat dan berdedikasi

Berdasarkan ilmu dan iman untuk

Memberi sumbangan yang terbaik ke arah

Melahirkan insan pelajar yang

Berkualiti dan berakhlak mulia serta

Mempunyai daya ketahanan yang tinggi

Untuk menangani cabaran-cabaran semasa

Bagi memenuhi aspirasi dan kehendak

Individu, Masyarakat dan Negara

Saturday, 22 March 2014

PROFIL SMK TAMAN MELAWATI


PROFIL SEKOLAH SEJARAH PENUBUHAN
-Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati mula dibina pada 1 ogos 1991.
-Sekolah ini terletak di mukim Gombak kira-kira 10 kilometer dari pusat Bandar Raya Kuala Lumpur.
-Pada peringkat awalnya SMK Taman Melawati hanya mempunyai dua blok bangunan empat tingkat dan sebuah bangunan kantin.
-Pada tahun 1993 sebuah bangunan iaitu blok C telah dibina untuk makmal sains tulen dan bilik darjah akibat pertambahan pelajar dari setahun ke setahun.
-Kemudian diikuti oleh bangunan surau SMK Taman Melawati. Surau ini telah dibina hasil daripada derma penduduk setempat dan PIBG Taman Melawati pada Julai 1998.
-Selaras dengan itu juga infrastuktur lain seperti laman ilmu, pondok bacaan, taman sains, bilik komputer, gelanggang bola keranjang, studio seni dan seramik dibina untuk keperluan P&P.
-Awal tahun 2001 sebuah dewan telah dibina dengan kos RM 1.6 juta dan diserahkan kepada pihak sekolah pada 18 Mei 2001. -Kini, 2 blok baru ditambah dan menjadikan kesemuanya sebanyak 5 blok.
-Blok A ialah blok pentadbiran, perpustakaan, pejabat dan pejabat guru. Blok ini siap dibina pada tahun 2003. -Sementara blok E pula dibuat khas untuk makmal sains tulen iaitu makmal biologi, kimia, fizik, dan bilik darjah. Tarikh siap pembinaannya adalah pada tahun 2003.
-Dengan adanya pertambahan bangunan blok ini telah dapat menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah serta dapat menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efisyen. -Sekolah ini juga telah ditadbir oleh beberapa orang pengetua.
-Pada awal penubuhan iaitu pada 1 Ogos 1991, SMK Taman Melawati telah ditadbir oleh Puan Nik Faridah Hanan Bt. Adeeb sehingga 15 November 1993. Beliau merupakan pengetua yang pertama yang mengasaskan sekolah ini. Beliau berpindah ke SMK Hulu Kelang, Gombak, Selangor.
-Kemudian diikuti oleh Tuan Haji Mad Zahid B. Daros iaitu pada 16 November 1993 sehingga 16 November 1994 dan beliau berpindah ke SMK Sungai Kertas, Gombak, Selangor.
-Pada 1 Februari 1995 sehingga 3 Oktober 1995, Cik Indra Somasondram pula mengambil alih dalam menerajui SMKTM. -Namun demikian penerajuan Cik Somasondram hanya selama 9 bulan sahaja kerana beliau berpindah ke Bukit Bintang Girl School. Kemudian beliau digantikan oleh Puan Tengku Azuan Bt. Tengku Mohamed iaitu bermula pada 6 November 1995 sehingga 1 Februari 1999, sebelum berpindah ke SMK Seri Puteri, Wilayah Persekutuan.
-Pada 1 Februari 1999 Puan Rohani Bt. Bakar telah mengambil alih pucuk pimpinan ini sehingga 3 April 2003. Beliau berpindah ke SMK Simpang Renggam, Johor. -Setelah itu, Puan Jamiah Bt. Mehamad telah mentadbir SMKTM pada 1 Mac 2004 sehingga 18 Mei 2006. -Apabila Puan Jamiah Bt. Mehamad bersara, Puan Jamsiah Bt. Talib telah mula mentadbir SMKTM iaitu bermula pada 1 September 2006 sehingga 31 Mei 2010. -Puan Wan Saberina Bt Wan Musa telah mengambil alih pucuk pimpinan SMK Taman Melawati bermula 6 Ogos 2010sehingga April 2010 dan seterusnya diterajui oleh Puan Nasran bt Nor sehingga sekarang.